Sunday 29 July 2012

Pandai pak pandir
Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis bawaan tergadai,
Mendengar gelagat dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak pandir juga yang menanggung.
Apa didengar gelagat dagang,
Gelagat rambutan jantan:
Orang berbunga,dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga kecundangan.

CIRI-CIRI
*Terdiri daripada 1 rangkap
*17 baris serangkap
*sebaris mempunyai 3 hingga 5 patah perkataan
*sebaris mempunyai 7 hingga 10 suku kata
*Rima akhir  bebas iaitu a,b,c,a,a,c,d,a..
*terdapat jeda

NILAI ESTETIKA
*Peribahasa:Mendengar guruh di langit
                       Air di tempayan di curahkan
:Mulut kena suap pisang
       Buntut kena cangkuk onak.
*Anafora:Orang berbunga,dia berbunga
         Orang berbuah,dia haram
*Hiperbola:Mendengar gelagat dagang
*Personafikasi:Tak sedar bertelanjang
*paradox:Anak dipijak dagang dijinjing
           :Kucing dibunuh,tikus dibela
            :kilat memancar hujan tak jadi
*Repitisi:Orang berbunga,dia berbunga
:orang berbuah,dia haram
*Inversi:Orang berbuah dia haram

FUNGSI
*Untuk menyampaikan mesej nasihat
*supaya tidak percaya pada orang luar dengan begitu saja

NILAI KEMANUSIAAN
*Nilai berbudi
*Nilai baik hati(melayan tetamu)

NILAI MASYARAKAT
*Masyarakat yang pentingkan orang luar
*Masyarakat yg berbudi
*Masyarakat yang suka dengar khabar angin
*Masyarakat yg mudah terpedaya

No comments:

Post a Comment