Monday 18 June 2012

BENTUK SYAIR

Menurut Harun Mat Piah,berdasarkan isi dan tema syair melayu mempunyai 7 jenis tema yg berbentuk cerita(naratif)dan bukan cerita(bukan naratif),iaitu :

Syair yg berupa cerita (naratif) ialah :

  1. syair romantis
  2. syair sejarah
  3. syair keagamaan 
  4. syair kiasan(alegoris)
  5. cerita dongeng


Syair bukan cerita(bukan naratif)ialah:


  1. syair agama
  2. syair nasihat
  3. kias ibarat
  4. tema-tema lain yg berasingan

CIRI-CIRI SYAIR

Menurut Harun Mat Piah,syair dlm bahasa melayu mempunyai beberapa variasi yg bergantung kpd bentuk rimanya iaitu:


  • 2 baris serangkap dgn rima a-b(memerlukan beberapa rangkap)
  • 3baris serangkap dgn rima a-a-b
  • 4 baris serangkap dgn rima a-a-a-a
  • 4 baris serangkap dgn rima a-b-a-b
  • 4 baris serangkap dgn rima a-a-b-b
  • 4 baris serangkap dgn rima a-a-a-b,c-c-c-d,d-d-d-d dan seterusnya.
  • 4 baris seirama(monorhyme)
  • 4 baris berkait


    DEFINISI SYAIR

    Syair berasal daripada bahasa arab yg bermaksud puisi secara umum.Dlm bahasa melayu istilah syair sudah menjadi satu istilah yg khusus.syair melayu tidak beracuankan syair drpd tradisi arab atau mana-mana puisi arab-parsi.orang melayu berkenalan dgn syair sejak zaman awal bertapaknya islam di alam melayu yg dibawa oleh pengembang agama islam ke melaka.syair berbahasa arab yg terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik al-Salleh di Pasai.
        Hamzah Fansuri seorang tokoh ulama dan pujangga melayu merupakan individu yg telah manghasilkan syair dlm bentuk yg lebih melayu dgn cukup berkesan.syair terus berkembang pesat dgn bentuknya yg lebih mantap dan tekal.

    Sunday 17 June 2012

    FUNGSI PANTUN

    1       Menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih
    Seseorang yang berbudi ialah seorang yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yangmenerima budi baktinya. Begitu juga budi yang baik begitu tinggi nilai estetikanya ibarat emas dan oleh sebab tidak ternilai inilah budi itu dikenang sehingga dibawa mati. Namun begitu, oleh sebab terlalu menerima budi, seseorang itu seharusnya  tidak termakan budi sehingga ia berjiwa hamba, terikat kepada orang yang telah banyak menabur budi, terlalu mudah tidak tahu berkata tidak dan tidak tahu batas dan sempadan. Berikut merupakan dua contoh pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih :

     Pisang emas di bawa belajar,
              Masak sebiji di atas peti;
     Hutang emas boleh dibayar,
              Hutang budi dibawa mati.

    2       Tujuan adat istiadat
    Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa ini.Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsipantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan ke alam berumah tangga. Selain itu, pantun juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan nasihat. Berikut disertakan dua contoh pantun adat  dan huraiannya :

     Ikan berenang di dalam lubuk,
                       Ikan belida dadanya panjang;
          Adat pinang pulang ke tampuk,
                      Adat sireh pulang ke gagang.

    3       Meluahkan rasa kasih sayang dan kerinduan.
    Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa mengira batasan umur, sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.

                Berdasarkan pantun kasih sayang, nasihat yang cuba disampaikan oleh pengkarya ialah mengenai kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada seseorang. Erti kata kasih sayang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam. Perasaan sayang selalunya akan disampaikan melalui pantun oleh masyarakat tradisional dalam menyampaikan hasrat mereka. Hal ini telah memperlihatkan bahawa masyarakat tradisional sangat mementingkan kesopanan dan kesantunan terutamanya dalam berkasih sayang. Perasaan kasih sayang merupakan hukum alam yang tidak dapat dihalang oleh manusia daripada terus belaku kerana ianya sudah ditakdirkan  oleh Ilahi.

    4       Untuk sindiran dan tempelak
    Mengapakah orang Melayu tidak suka berterus terang? Menurut Fatimah Busu, (1922:22) kesopanan yang terbit daripada rasa malu dan segan dalam kalangan masyarakat Melayu telah menimbulkan satu cara hidup yang tidak suka berterus terang. Selalu ada pengertian-pengertian yang lain di sebalik rangkai kata-rangkai kata yang dituturkan. Dalam membuat teguran ini, maka lahirlah pelbagai bentuk bahasa kiasan bagi menggambarkan sikap rendah diri dan sifat kesopanan. Sindir- menyindir juga memainkan peranan ketika menyampaikan sesuatu fikiran agar mesej yang cuba disampaikan itu berkesan dan indah. Berikut merupakan dua contoh pantun kias ibarat dan penerangannya :

     Pondok robek makan api,
                        Anak Cina main teropong;
        Katak bertingkir besar hati,
                                Dapat dunia bawah tempurung.

                Dalam pantun tersebut, karikatur katak memberi satu kiasan terhadap sifat manusia yang tiada pegangan atau pendirian. Manusia sebegini tidak akan berusaha untuk memajukan diri sendiri tetapi hanya menerima takdir yang telah ditetapkan kepadanya dengan rasa gembira. Sudah pasti kehidupan bawah tempurungnya itu tidak akan membawanya ke mana-mana kerana sifat ingin mengetahui dan ingin maju tidak ada padanya. Dalam kiasan ini, ada pelajaran iaitu pendengar mengambil sesuatu episod yang diceritakan sebagai situasi yang dapat dipelajari dan cuba mengandaikan atau mengaplikasikan dirinya dengan situasi tersebut. Ibarat dan kias menjadi jambatan untuk makna atau maksud sosial dan moral sastera.

     Ayam dikepuk dipanggil pulang,
                   Kain tercarik tersangkut duri;
    Usah ditepuk air di dulang,
                    Kelak terpercik muka sendiri.

                Pantun tersebut membawa peringatan yang amat berguna kepada kita supaya tidak memburuk-burukkan saudara atau orang yang rapat dengan kita. Umpama menepuk air di dalam dulang, perbuatan mengumpat, mengata saudara mara atau sahabat handai akan mengundang keburukan kepada diri sendiri kelak. Segala kekurangan yang dimiliki oleh saudara mara atau sahabat handai hendaklah disembunyikan tanpa pengetahuan orang luar.

    5       Menyampaikan mesej berunsur keagamaan
    Pantun agama ialah pantun yang mengandungi aqidah, hukum, dan keimanan kepada Allah. Pantun agama menerangkan tentang ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi. Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah danmeninggal segala larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Berikut merupakan dua contoh pantun agama.


     Redup bulan nampak nak hujan.
                            Pasang pelita sampai berjelaga;
    Hidup mati di tangan tuhan,
                     Tiada siapa dapat menduga.



    JENIS PANTUN

    Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.

    Pantun Dua Baris

    Ada ubi ada batas,
    Ada budi ada balas.

    Sebab pulut santan binasa,
    Sebab mulut badan merana.      

    Pantun Empat Baris

    Pulau Pandan jauh ke tengah,
    Gunung Daik bercabang tiga;
    Hancur badan dikandung tanah,
    Budi yang baik dikenang juga.

    Nasi lemak buah bidara,
    Sayang selasih saya lurutkan;
    Buang emak buang saudara,
    Sebab kasih saya turutkan.         

    Pantun Enam Baris

    Apa didapat orang memburu,
    Dapat rusa jantan betina,
    Sedang bersembunyi di celah batu;
    Bila mendapat bunga yang baru,
    Bunga yang lama tiada berguna,
    Adat dunia sudah begitu.

    Bukan cempedak kami katakan,
    Buah delima dalam pasu,
    Pisau lipat baru diasah;
    Bukankah telah kami katakan,
    Pandang pertama cinta palsu,
    Tiada dapat dibawa bersusah.
                   

    Pantun Lapan Baris

    Rumpun rotan di kota alam,
    Ditebang dibelah empat,
    Tumbuh serumpun di seberang,
    Selasih muara sungai;
    Penglihatan usah diperdalam,
    Pandang nan usah dipertepat,
    Adik di dalam tangan orang,
    Maksud rasa tak akan sampai.
                   

    Pantun Dua Belas Baris

    Anak jintayu dari hulu,
    Disambar ombak Laut Cina,
    Dibawa terbang ke perahu,
    Hinggap minum ke muara,
    Anak ikan berkeliaran;
    Kamilah tahu dari dahulu,
    Adik jauhari bijaksana,
    Membuhul tidak membeku,
    Mengulas tidak mengesan,
    Meratap langit dengan bicara,
    Bumi tidak ketirisan.


    Rotan sepatah dua patah,
    Tarik kerakap batang padi,
    Dibawa Sutan dari Judah,
    Padi yang jangan digemparkan,
    Kalau gempar antara gugur,
    Bila gugur masuk perigi;
    Tuan di Mekah di Madinah,
    Naik akhirat batu haji,
    Tegak berdiri Rasulullah,
    Kami yang jangan dilupakan,
    Kalau lupa antara tidur,
    Dalam tidur menjadi mimpi.       








    Pantun Berkait

    Angsana berpucuk di atas batu,
    Pucuk digangsa beribu-ribuan;
    Ada bunga di naung batu,
    Kuntumnya kaca tangkainya embun.

    Pucuk digangsa beribu-ribuan,
    Kembang diuca balik beroleh;
    Kuntumnya kaca tangkainya embun,
    Dipandang sahaja diambil tak boleh.




    CIRI-CIRI PANTUN

     Dapat dilihat daripada aspek strukturnya atau ciri-ciri visualnya, iaitu; 
    • pantun mempunyai rangkap-rangkap yg berasingan (setiap rangkapnya terbina daripada baris-baris yg sejajar dan berpasangan spt 2,4,6, sehingga 16.Rangkap pantun yg paling umum ialah yg mempunyai 4 baris serangkap )
    • setiap baris mengandungi kata dasar antara 4 hingga 5 patah perkataan dgn jumlah suku kata antara    8-12
    • setiap stanza atau rangkap pantun mempunyai dua unit atau kuplet iaitu unit atau kuplet pembayang atau sampiran (separuh jumlah baris bahagian pertama ) dan unit atau kuplet maksud (separuh jumlah baris bahagian kedua )
    • mempunyai skema rima hujung yg tetap iaitu a-b,a-b dgn sedikit variasi a-a,a-a,a-b,a-a,a-b,b-a, dan sebagainya 
    • setiap rangkap pantun merupakan 1 keseluruhan ,iaitu mengandungi 1 fikiran yg bulat dan lengkap yg dapat dikesan melalui maksud pantun dalam rangkap tersebut

    DEFINISI PANTUN

    Pantun merupakan puisi melayu tradisional yg terpenting.
    Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.Harun Mat Piah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur risualnya.Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan ). Aspek isi pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat melayu.Isi (tema dan persoalan ) juga membawa kepada pengelompokkan pantun yg lebih sisitematik (Harun Mat Piah) seperti pantun kanak-kanak ,pantun cinta dan kasih sayang,telatah dan cara hidup masyarakat,pantun teka-teki,pantun puji-pujian atau sambutan,pantun nasihat dan pendidikan,pantun agama dan kepercayaan,pantun adat,pantun peribahasa,pantun naratif atau cerita.