Monday 30 July 2012

Teromba adat

Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah.

Adat dipakai baru,
Kain dipakai usang.

Yang elok dipakai,
Yang buruk dibuang.

Lembaga berlingkungan,
Undang kelintasan.

Duduk meraut ranjau,
Tegak meninjau jarah.

Ke darat adat Perpatih,
Ke laut adat Temenggung.

Ke laut berteromba,
Ke darat bersalasilah.

Adat bersendi hukum,
Hukum bersendi kitab Allah.

TEMA
Masyarakat yang patuh pada adat mengikut daerah atau negeri-negeri tertentu....
Negeri Sembilan sehingga sekarang berpegang pada adat

CIRI-CIRI
*Mempunyai 8 rangkap
*1 rangkap mempunyai 2 baris
*setiap baris mempunyai 2 hingga 4 patah perkataan
*setiap baris mempunyai 6 hingga 8 suku kata
*Rima akhir bebas

NILAI ESTETIKA
*Peribahasa:Hidup dikandung adat
                    Mati dikandung tanah
*Inversi:Yang elok dipakai
*Anafora:Yang elok dipakai
                    :Yang buruk dibuang
:Ke darat adat perpatih
    :Ke laut adat temengung
                                            :Ke laut berteromba
                                            :Ke darat bersalasilah

FUNGSI TEROMBA
*Keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan
*membentuk dan membina masyarakat harmoni
*member panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik

NILAI
*Nilai bersalasilah

Sunday 29 July 2012

Keindahan dan kemakmuran negeri

Medannya indah bukan kepalang,
Rantaunya luas bagai dibentang,
Tebingnua tinggi bagai diraut,
Pasirnya serong bentuk taji,
Batunya ada besar kecil,
Yang kecil pelontar balam,
Jikalau untung kena ke balam,
Jikalau tidak kena ke tanah,
Menderu selawat ibu ayam,
Helang disambar punai tanah,
Seumpama kundur dengan labu,
Kecil pohon besar buahnya,
Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah,
Cari di darat boleh di darat,
Cari dilaut boleh dilaut,
Ayam itik penuh direban,
Lembu kerbau penuh di tengah padang,
Gajah badak penuh tengah hutan,
Sejuk dingin seperti ular cintamani,
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.

TEMA
Keindahan dan kemakmuran negeri

PERSOALAN
*Persoalan keindahan sebuah negeri
*Persoalan kemakmuran sebuah negeri
-sumber,rezeki,sumber tanah,ayam.......
*Persoalan rezeki yang terdapat di merata tempat
-didarat dan dilaut

CIRI-CIRI
*Mempunyai 1 rangkap
*terdapat 20 baris
*setiap baris mempunyai 4 hingga 6 patah perkataan
*setiap baris mempunyai 8 hingga 15 suku kata
*Rima akhir bebas

NILAI ESTETIKA
*Anafora=Jikalau untung kena ke balam,
         =jikalau tidak kena ke tanah
     =cari di darat boleh di darat
=cari di laut boleh di laut
*Hiperbola=Medannya indah bukan kepalang,
         =Rantaunya luas sangat dalam
        =Tebingnya tinggi bagai diraut
   =Pasirnya serong bentuk taji
*Personafikasi=Menderu selawat ibu ayam
                                          =Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah
*Simile=seumpama kundur dengan labu
                  =sejuk dingin seperti ular cintamani
               =Rantaunya luas bagai di bentang
*Responsi=cari di darat boleh di darat
            =cari di laut boleh di laut
=Ayam itik penuh di reban
=Lembu kerbau penuh di tengah padang
=Gajah badak penuh tengah hutan
*Epifora=yang kecil pelontar balam
                     =jikalau untung kena ke balam
                =Jikalau tidak kena ke tanah
                  =Helang disambar punai tanah
*Inversi=Menderu selawat ibu ayam
                 =Helang disambar punai tanah
*Paradox=Helang disambar punai tanah

NILAI MASYARAKAT
*Masyarakat yang cinta akan keindahan
*Masyarakat yang cinta akan kemakmuran
*Masyarakat yang rajin mencari rezeki
Contoh:ayam,itik.....
*Masyarakat yang bertuah akan negerinya sendiri


Taat setia raja dan rakyat
Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hokum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.

TEMA
#Kerjasama rakyat kepada raja menghasilkan nilai-nilai positif kepada Negara.

PERSOALAN
*Persoalan kesetiaan rakyat kepada raja  
*Persoalan persefahaman antara pentadbir menjamin keselamatan negeri
*Persoalan raja terhadap rakyat
*Persoalan mengasihi orang yang berilmu akan menerima rahmat
*Persoalan kasihkan orang yang berpengetahuan,tanda mendapat ilmu bersama
*Persoalan menghormati orang yang pandai,tanda kita akan dapat bezakan perkara baik dan buruk.
CIRI-CIRI
*Terdapat 5 rrangkap
*1 rangkap,2 baris
*1 baris mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan
* 1 baris mempunyai 8 hingga 11 suku kata
*Rima akhir ialah a,a,a,a(terikat)
*Bentuk cerita:bukan naratif
NILAI ESTETIKA
*Simile:seperti kebun berpagarkan duri
*Anafora:Tanda jadi sebarang kerja
                :Tanda raja beroleh inayak
                 :Tanda rahmat atas dirimu
                            :Tanda mengenal kasa dan cindai
*Bahasa Arab:Tanda raja beroleh inayat
*Peribahasa:seperti kebun berpagarkan duri
NADA
*Ada jeda
*Patriotik
FUNGSI
*sebagai pengajaran
-mengajar supaya setia kepada  pentadbir
-bersatu padu
-bekerjasama
*sebagai menasihati
-supaya raja dan rakyat sentiasa bermuafakat
*sebagai alat kawalann social
-supaya rakyat setia kepada raja
-menghormati orang yang berilmu
NILAI
*Nilai muafakat
*Nilai hormat-menghormati
*Nilai keadilan
*Nilai ketaatan
*Nilai kasih sayang
NILAI MASYARAKAT
*Masyarakat yang bekerjasama
*Masyarakat yang menghormati orang yang pandai
NORMA-NORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.

Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.

Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib dan untung.

Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.

Sungguh suami pegang kuasa,
Jika seorang ia binasa.

Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai ke tua.
TEMA
Peranan suami isteri dalam sebuah rumah tangga

PERSOALAN
*persoalan keperluan isteri yang cantik dan beriman untuk menjadi pasangan hidup
*persoalan perempuan yang beriman akan dimuliakan
*persoalan suami isteri perlu sefahaman untuk mengelakkan pergaduhan
*persoalan suami tempat isteri bergantung
*persoalan suami yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan isterinya menderita.
*persoalan peranan suami dan isteri
*persoalan persefahaman suami dan isteri sampai ke tua
 
CIRI-CIRI
*Mempunyai 7 rangkap
*Setiap rangkap mempunyai 2 baris
*Setiap baris mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan
*Setiap baris mempunyai 10 hingga 12 suku kata
*Rima akhir a,a,a,a(terikat)
*Bentuk cerita=Naratif

NILAI ESTETIKA
*Anafora=isteri cantik permainan mata
                =isteri budiman tajuk mahkota
=perempuan bagus suntingan dunia
=perempuan beriman sangat mulia
*Hiperbola=isteri cantik permainan mata
=perempuan beriman sangat mulia
=jika seorang ia binasa
*Metafora=jika suami tak berhati lurus
=sungguh suami pegang kuasa
*Sinkof=jika suami tak berhati lurus
*Inversi=suami tempat isteri bergantung
=sekata hendaknya sampai (ke) tua

NILAI
*Nilai hormat-menghormati
*Nilai kasih sayang
*Nilai bertolak ansur
*Nilai bertanggungjawab
*Nilai memahami
*Nilai tolong-menolong

NILAI KEMASYARAKATAN
*Masyarakat yangmengamalkan nilai kasih sayang
*Masyarakat yang beriman
Pandai pak pandir
Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis bawaan tergadai,
Mendengar gelagat dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak pandir juga yang menanggung.
Apa didengar gelagat dagang,
Gelagat rambutan jantan:
Orang berbunga,dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga kecundangan.

CIRI-CIRI
*Terdiri daripada 1 rangkap
*17 baris serangkap
*sebaris mempunyai 3 hingga 5 patah perkataan
*sebaris mempunyai 7 hingga 10 suku kata
*Rima akhir  bebas iaitu a,b,c,a,a,c,d,a..
*terdapat jeda

NILAI ESTETIKA
*Peribahasa:Mendengar guruh di langit
                       Air di tempayan di curahkan
:Mulut kena suap pisang
       Buntut kena cangkuk onak.
*Anafora:Orang berbunga,dia berbunga
         Orang berbuah,dia haram
*Hiperbola:Mendengar gelagat dagang
*Personafikasi:Tak sedar bertelanjang
*paradox:Anak dipijak dagang dijinjing
           :Kucing dibunuh,tikus dibela
            :kilat memancar hujan tak jadi
*Repitisi:Orang berbunga,dia berbunga
:orang berbuah,dia haram
*Inversi:Orang berbuah dia haram

FUNGSI
*Untuk menyampaikan mesej nasihat
*supaya tidak percaya pada orang luar dengan begitu saja

NILAI KEMANUSIAAN
*Nilai berbudi
*Nilai baik hati(melayan tetamu)

NILAI MASYARAKAT
*Masyarakat yang pentingkan orang luar
*Masyarakat yg berbudi
*Masyarakat yang suka dengar khabar angin
*Masyarakat yg mudah terpedaya

Kajian Syair Ikan Terubuk


Magis dalam Syair Ikan Terubuk

1.0       Latarbelakang:

            Salah satu cerita lisan yang masih mentradisi di kalangan masyarakat Melayu Bengkalis, Riau adalah kisah ikan Terubuk. Kisah ini terabadikan dalam bentuk syair dengan 285 rangkaian bait yang lebih dikenal dengan Syair Ikan Terubuk. Rangkaian bait syair ini telah diterbitkan sekitar dua puluh versi, salah satunya ditulis oleh Ulul Azmi.

            Rangkaian syair ini menceritakan perjuangan ikan Terubuk, salah satu jenis ikan yang menjadi pemimpin kerajaan laut dengan daerah kekuasaan meliputi beberapa selat, untuk mendapatkan putri nan cantik jelita bernama Puyu-Puyu dari kerajaan air tawar. Untuk mendapatkan putri Puyu-Puyu, ia pun mengerahkan bala pasukan yang dimilikinya untuk menerobos masuk ke kerajaan air tawar. Namun mujur tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak, pasukan Terubuk terjerat jaring nelayan.

            Melalui buku ini, Ulul Azmi menunjukkan bahawa syair ikan Terubuk merupakan karya sastra sarat makna dan bernilai tinggi yang mempunyai pengaruh cukup signifikan terhadap kehidupan masyarakat Bengkalis, khususnya di laut muara sungai Siak, Riau. Di samping itu, Azmi juga menunjukkan bahwa karya sastra yang diciptakan pada abad ke-19 ini dibuat oleh seorang penyair yang memiliki pengetahuan luas mengenai kehidupan di dalam air, baik air asin maupun air tawar.

            Secara politik, rangkaian Syair Ikan Terubuk menggambarkan ambisi yang gagal dari penguasa lautan, ikan Terubuk, untuk menguasai daerah pedalaman, putri Puyu-Puyu. Jika ditarik pada konteks awal keberadaan syair tersebut, kita akan mengetahui bahwa Syair Ikan Terubuk menceritakan ambisi dari negeri pantai di wilayah Semenanjung Melayu, yang diwakili oleh Sultan Mahmud dari Melaka, untuk menaklukan negeri-negeri di daerah pedalaman, seperti Pagarruyung, Minangkabau dan negeri-negeri agraris lainnya.
            SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU,  syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta.

2.0       Maksud Syair mengikut rangkap:
 Rangkap 1:
Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member rahmat siang dan malam kepada setiap umat Islam.
 Rangkap 2:
Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling(kawasan pemerintahannya) kerana bersedih .
 Rangkap 3:
Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.
 Rangkap 4:
Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.
 Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu, sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.
 Rangkap 6:
Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu  yang tinggal di dalam sebuah kolam (air tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun.
 Rangkap 7:
Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu.
 Rangkap 8:
Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)
 Rangkap 9:
Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan terubuk teringatkan tuan puteri.
 Rangkap 10:
Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya.
 Rangkap 11:
Upacara berdoa tersebut  dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari(subuh).
 Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan.
 Rangkap 13:
Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari kayangan.
 Rangkap 14:
Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.
 Rangkap 15:
Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya.
 Rangkap 16:
Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.
 Rangkap 17:
Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.
 Rangkap 18:
Ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu.
 Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.
 Rangkap 20:
Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.
 Rangkap 21:
Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya .
 Rangkap 22:
Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapinya.
 Rangkap 23:
Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.
 Rangkap 24:
Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di dalam kalbunya.


Sinopsis:
Syair simbolik/kiasan ini menceritakan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut Melaka(Kerajaan air masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan puyu-puyu yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar). Ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku serta bersopan-santun.
            Namun begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk, menyebabkan ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk. Lalu berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir sabung-menyabung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan hilang lenyap diudara.
            Berita kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah disampaikan oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada. Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
            Ikan terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat aslanya dengan kecewa kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.

 MODUL 1
2.0       Ciri-ciri Syair
.

Fakta
Terdiri daripada empat baris serangkap
Huraian
semua rangkap dalam syair ikan terubuk mempunyai empat baris serangkap

Contoh
rangkap kedua..

Mula di karang ikan terubuk,
Lalai memandang ikan dilubuk,
Hati dan jantung bagai serbuk,
Laksana kayu dimakan bubu
           
Fakta
Sebaris mengandungi 3 hingga 5 patah perkataan
Huraian

Bismillah itu permukaan kalam(4 patah perkataan)

Contoh
rangkap pertama
Bismillah itu permukaan kalam,
Dengan nama Allah khalik al-alam,
Melimpahkan rahmat siang dan malam,
Kepada segala mukmin dan islam.


Fakta
Mempunyai suku kata antara 8 hingga 13
Huraian

Mula dikarang ikan terubuk(10 suku kata)

Contoh
rangkap kedua
Mula dikarang ikan terubuk,
Lalai memandang iikan di lubuk,
Hati dan jantung bagai serbuk,
Laksana kayu dimakan bubuk.

Fakta
Rima akhirnya a,b,a,b
Huraian

Bentuk cerita:Naratif

Contoh
rangkap ke-22
Kain putih bersampulpulih
Pakaian anak raja perempuan,
Yang dicita tidaklah boleh,
Sudahlah nasib badanku tuan.

Fakta
seluruh empat baris merupakan satu kesatuan idea
Huraian

Berdasarkan contoh yang terdapat dalam rangkap ke-23

Contoh
Anggur jabat tanaman judah,
Tanam melati di jambangan,
Jangan dijabat yang telah sudah,
Rosaklah hati yang berpanjangan.







Fakta
Dalam satu baris terdapat suatu hentian (pause)
Huraian

setiap baris mempunyai jeda

Contoh
rangkap pertama
Bismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah khalik al-alam,
Melimpahkan rahmat siang dan malam,
kepada segala mukmin dan islam.


3.0       Kepentingan Karya

            3.1 Sebagai hiburan
            3.2 Alat menyampaikan pengajaran
            3.3. Alat Sindiran

 MODUL 2
4.0       Aspek estetik

4.1 Aspek Estetika bahasa
Arahan: Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat tentang estetika bahasa berpandukan syair Ikan Terubuk.

Fakta
Hiperbola
Huraian

Hati dan jantung bagai serbuk

Contoh

rangkap kedua,baris ketiga


Fakta
Bahasa asing(bahasa arabb)
Huraian

Bismillah

Contoh

rangkap pertama,baris  pertama


Fakta
Metafora
Huraian

Berbunyilah buruh mendayu-dayu

Contoh

rangkap kelima,baris kedua


Fakta
personafikasi
Huraian

Berbunyilah guruh mendayu-dayu

Contoh

rangkap kelima,baris kedua


Fakta
asonansi
Huraian

Melimpahkan rahmat siang dan malam( TERDAPAT 7 KONSONAN A)

Contoh

rangkap pertama,barisketiga


Fakta
aliterasi
Huraian

Kepada segala mukmin dan islam(TERDAPAT 3 KONSONAN M)

Contoh

rangkap pertama,baris keempat


4.2 Aspek Estetika Sastera:

4.2.1    Tema:
            Bertemakan kegagalan dalam percintaan berpunca dari perbezaan status .

 4.2.2    Persoalan:

F1: Persoalan percintaan .
H/C: Percintaan yang melibatkan perbezaan status / darjat yang membawa kepada kegagalan dalam percintaan tersebut. Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang berasal dari kerajaan air masin dengan puteri ikan puyu-puyu dari kerajaan air tawar.
           
F2: Persoalan Pengharapan pada yang Esa./Doa
H/C: Segala harapan hendaklah disandarkan kepada yang Maha Esa, Puteri ikan puyu-puyu berdoa kepada Allah  agar dia tidak dipertemukan dengan Ikan teubuk.

F3: Persoalan tentang kerinduan
H/C: Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan perasaan jadi resah dan gelisah.Ikan Terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu sehingga menyebabkannya sedih dan gelisah.

F4: Persoalan tentang kedaulatan. (keluarga raja)
H/C: Keturunan diraja mempunyai kedaulatan mereka yang tersendiri, Puteri ikan puyu-puyuberkata jika dia dari keturunan yang berdaulat barang diminta barang jadi. Terbukti apabila dia meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk, maka berlaku perkara aneh pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk pokok pulai dan akhirnya hilang.

F5: Persoalan tentang kejadian luar biasa / aneh
H/C: Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan sesuatu keadaan. Contohnya apabila Tuan Puteri puyu-puyu menyeru nenek moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan puteri seorang yang berdaulat.

F6: Persoalan tentang kecantikan golongan bangsawan.
H/C: Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik , contohnya tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik, Cantik mejelis barang lakunya.

F7: Persoalan keelokkan tingkah laku golongan bangsawan
H/C: Golongan bangsawan seringkali dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti hingga memikat hati orang yang melihatnya.Contohnya Tuan Puteri puyu-puyu dikatakan tingkah laku yang baik.

F8: Persoalan tentang putus asa / kecewa
H/C: Apabila berdepan dengan kegagalan dalam percintaan, perasaan putus asa dan kecewa sering menghantui diri. Contohnya ikan terubuk yang gagal dalam percintaannya dengan puteri puyu-puyu sering termenung dan berada dalam gungah gulana.

5.0       Aspek pemikiran masyarakat dalam karya

1.         Perbezaan darjat/keturunan
Boleh membawa kegagalan dalam percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana ikan terubuk berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari kerajaan air tawar.

2.         Keagungan tuhan      
Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan , keizinan dari tuhan hendaklah dipohon    bagi memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari tuhan untuk memudahkan urusannya menolak   ikan terubuk.

3.         Konsep daulat.
Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang mana akan membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. terbukti apabila Puteri Puyu-puyu mendapat apa yang dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan untuk menghilangkan diri.

4.         Kejadian luar biasa.
Kejadian aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemerintah .  Pemerintah atau raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam syair  ikan terubuk kejadian aneh yang berlaku ialah ribut, kilat dan petir sabung-menyabung menandakan kedaulatan seseorang raja.

6.0       menjelaskan nilai kemanusiaankemasyarakatankepercayaan, dan keagamaan dalam puisi tradisional

6.1       Nilai kemanusiaan:

            i.          Nilai kasih sayang
            ii.         Keberanian
            iii.        Kegigihan
            iv.        Keyakinan

6.2       Nilai kemasyarakatan
           
            i.          Kerjasama
            ii.         Kesetiaan kepada pemerintah

6.3       kepercayaan

            i.          Kepercayaan tentang ikan terubuk adalah ikan yang memiliki roh jahat.
            ii.         Kepercayaan terhadap kejadian luar biasa

6.4       Keagamaan

            i.          Memuliakan Tuhan sebagai pentadbir alam
            ii.         Limpahan rahmat untuk semua makhluk.       

 7.0       menganalisis karya

7.1       Citra watak

            Latar belakang watak ikan Terubuk dan Puteri puyu-puyu
            Arahan: lengkapkan maklumat latar belakang watak dalam jadual di bawah;

Fakta
Ikan Terubuk
Puteri Puyu-puyu
1. Asal
air masin
air tawar
2. Gelaran
Raja Seripada
Puteri Puyu-puyu
3. Pemerintah
Melaka
Siak